Farah's Story

SHAWL is covering my HEAD instead of my BRAIN ♥

He might have million of flaws, sometimes he may act stupid, behave like sengal-sengal. No one in this world can beat him ♥

Daisypath Anniversary tickers

Entries About







Thanks for the day sayang.

Hari: Sabtu
Tarikh: 14.07.2012
Lokasi: Dataran Pahlawan and Mahkota Parade.
Masa: Around pukul 3.00pm-6.30pm.


Again spent-ING time lagi dengan dia. Al-maklumlah lepas nie kami nak berpisah again. InsyaAllah, weekend aku akan balik Melaka juga. Bukan jauh mana pun. Sebelum hang dengan dia, aku adalah dah mula mengemas bebarang sikit. Faktor pertama, aku terlalu EXCITED. Faktor kedua ialah parents aku sangat peka kalau macam nie. Dia kata, prepare awal-awal, nanti senang tak kelam kabut. K thanks Ayah, thanks ibu. 


Lepas zohor je terus gerak pergi Dataran Pahlawan. Mak dato, punyalah ramai orang. Macam ulat yang bergerak-gerak. Al-maklumlah, nie last sebelum nak puasa. So, ramailah juga yang keluarkan diri tadi. Hm, dah 2 bulan kami tak keluar ke sana. Kalau masa dia cuti kejap tu pun, kita orang lepak Melaka Mall je. Bila dah start meronda tadi, lutut semua dah goyang ;)


Walapun dia tak ada RAMBUT, tapi hati dia tetap ada dengan saya. Jiwang kan saya? Untung dia dapat aku yang macam nie. LOL! Hari pun merata juga cari kemeja si Katik nie. Bila dah ikutkan dia, so now aku dah tahu dia nie suka COLOUR BIRU. Kebarangkalian warna FAVOURITEnya. Bukan apa, majang je tengok baju benda first dia mesti akan pilih warna biru. Hehe, tapi sayangnya aku dah pilihkan warna hitam kemeja dia tadi. Tapi dia tak bantah apa pun tadi. Hikhik >,<


Cari baju pun dah sudah, tetiba dia buka mulut 'I nak cari jam la you'. Aku pun dengan selamba jawab, 'I pun you, jom cari'. Eh, memang pun aku nak cari jam. Sumpah tak tipu! Kebetulan sama pula. Nampak tak jodoh tu dah nak dekat. Hehe, seterusnya dia dengan sukarela menawarkan jam untuk aku. Ececeh, first time kot. Apak ah, berbunga hati aku. Buat kali kedua, dia pun request jam colour BIRU. K memang dah kuat firasat aku yang dia nie suka warna BIRU ;)


Semua orang berhak untuk BERCINTA. Dan saya adalah salah seorang manusia yang telah berpaut cinta dengan Muhammad Amirol Bin Rosli. Doakan hubungan kami sampai ke jinjang pelamin yea semua *mengeletis*

Spent-ING time with Cik Katik

Hello elibadi. Sekarang jiwa saya tengah berbunga mekar bagai diletak dengan BAJA TAHI LEMBU. Eh, merepek siak. Sudahlah bermain dengan METAFORA. Eh!? Sudah, masuk balik cerita yang aku naik TYPEkan supaya FOLLOWERS aku boleh baca. Now, Cik Katik dah mula belajar kat Politeknik Merlimau. Dia pun tak duduk sini, duduk hostel. So weekend ajalah dia ada kat rumah mak apak dia. Then lepas dia habis orietasi je, kelas pun dah start Khamis ritu. Habis je kelas. Kami pun berjumpa.

Lokasi: Melaka Mall, Jenjantas Melaka Mall, Air Pancut Melaka Mall, dan terakhir ialah Jaya Jusco.
Jam: Around pukul 5.00pm-7.00pm.

*dia tutup rambut botak dia dengan beg class dia. Malu katanya >,<*

Sebenarnya, aku cuma nak menemankan dia nie pergi cari baju kelas dia je. Dia je menggeletis ajak aku. Eh, kalau dia tak ajak pun aku nak ikut. Hehe, nampak tak RENOMA biru nie? Act, nie aku yang pilihkan. Handsomekan? Maksudnya disini, handsomekan baju itu. LOL! Aku yang pilih, tapi dia yang bayar. Hehe, sorry sayang. Nanti saya dah kaya, saya belikan awak baju okayy? Sekarang nie saya kayap. Hehe ;)

*He got gigi taring. Lelaki yang ada gigi cengini COMEL k*

Mana lagi modal kami, kalau nak melepak kat Melaka Mall kat MBMB kat Jaya Jusco pun jadilah. Hehe, senanglah dekat pun dekat. Boleh lepaks lama sikit. rinduuu oo. Dia nie baru balik PLKN. 2 bulan aku menahan RINDU. Nie pulak nak berpisah balik. Takpewwlah, hubungan yang nak kekal lama kena hadapi pelbagai rintangan *nie ayat dia selalu bagi kat aku*


Cik Katik: Awak boleh buwweekkk an saya. Tapi janganlah pernah berubah ye. Saya tak tahu macam mana hidup saya tanpa awak. Saya tak kuat kalau awak tak ada. Saya terlalu sayangkan awak ;'(

Al-Fatihah buat NENDA JAHARA bin MD TAWI

Malam sebelum nenek meninggal, aku dengan Cik Katik plan untuk keluar petang Rabu haritue. Kita orang nak spent-ING time sebab dia baru balik PLKN. At the same time, tak lama lagi dia akan futher kat POLITEKNIK MERLIMAU, Melaka. Then bangun je pai subuh, orang Singapore dah call ayah nak bagitahu yang nenek dah sesak nafas. Fyi, nie nenek aku yang blah ayah. Dia memang stay dari dulu. Area Batok, Singapore. So, lepas ayah siap-siap buat sembahyang hajat again dapat call balik yang nenek dah menghempuskan nafas yang terakhir kat National Uni Hospital jam 10.40 am. Dapat call terus rushing kemas-kemas beg and kami sekeluarga gerak terus ke sana around pukul 3 cengitu. So, memang tak dapatlah nak tengok arwah nenek for the last.


Memandangkan kami tak dapat nak menatapi wajah nenek, tapi malam tu kami semua buat sembahyang HADIAH untuk nenek. Kami tidur sekelurga kat tempat nenek kapankan. Sedih sangat tak dapat tengok nenek lagi. Kami sampai sana lambat. Esok an pagi, terus gerak tengok kubur nenek ;'( Now nenek dah tak ada. Cuma yang mampu kami sebagai cucu akan terus mendoakan roh nenek tenang.


Pusara NENDA yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga segala amalannya akan membantu nenek dari siksaan azab kubur. Moga roh nenek dicucuri rahmat dan nenek akan ditempatkan dikalangan orang yang soleh dan solehah. Amin! Al-Fatihah ;'(


Photobucket