Farah's Story

SHAWL is covering my HEAD instead of my BRAIN ♥

He might have million of flaws, sometimes he may act stupid, behave like sengal-sengal. No one in this world can beat him ♥

Daisypath Anniversary tickers

Entries About







Aku pantang betul orang tinggal taik.



Aku yakin yang amat pasti benar bahawasanya korang pernah mengalami situasi dimana korang bergegas ke tandas awam dengan tersenyum lega kerana nampak pintu tandas yang sangat cantik sangat elok seperti berkemungkinan tiada kerosakan terhadap selak pintu dan juga penyangkut seluar, dan dibuka nya pintu tandas lalu terpampang lah beberapa ketul gumpal gumpal berkaler cekelat kat mangkuk tandas tu. Dengan yakin nya aku tau senyum korang akan terbang dihembus bau gumpalan berkaler cekelat tu. Yang gumpal gumpal tu satu hal, yang cair macam nestum tu apehal lak???????!!!!!!!!

Dan yang pasti sifat mahmudah dalam diri anda serta merta bertukar menjadi sifat mudahmah. Biarpon tak kedengaran dimulut, dihati tetap juga caci maki hamun lahanat haramjad nakharam dan segala bentuk makian yang terlintas. Lalu anda akan cuba mengingati wajah orang yang keluar tandas semasa anda masuk tandas sepertilah dia yang membuat onar tepat ditengah tengah mangkuk tu.

Anda merasa kan orang lain yang menggunakan tandas awam tu takda sivik punya manusia. Namun begitu, bagaimana pula jika situasi seperti dibawah ini terjadi kepada anda :

--------------------------------------------------------------------------------------------
Anda memandu kereta. Kereta anda canggih. Saga FL. Ada bluetooth kat radio. Namun secanggih mana pun kereta anda masih tidak dapat menandingi kehebatan sakit perut nak tercirit. Habis kemut dah tutup lubang. Dah memang hujung dah. Tekan pedal minyak pun kadang kadang senget senget badan sebab nak kemut. Anda fikir pelaburan di bank rumah adalah lebih selamat lebih selesa. Tapi apakan daya, bontot anda begitu mencemburui anda dan tidak benarkan anda sampai ke bank rumah tepat pada waktu nya. Lalu anda nampak satu tempat dimana anda yakin akan ada bank. Walaupun anda was was tapi anda tak ada jalan lain. Anda semakin senget bila menekan pedal minyak, payah sekali nak alih kaki untuk tekan pedal brek takut tersembur keluar.

Anda berhenti. Sambil terkincit anda menuju ke bank. Peluh sejuk di dahi tidak dihirau kan. Peluh dibawah yang harus menjadi kepentingan utama disini. Masuk dalam, ada kaunter yang available. Segera anda membuat pelaburan yang agak agak laju keluar nya. Anda lega. Lega yang teramat. Tak pernah lagi anda merasa bahagia seperti mana anda rasa sekarang. Semua sudah selamat. Pelaburan anda sah. Masa untuk sambung memandu. Maklum lah. Dah selamat dari saat genting.

Anda capai flush. Tarik. Tak ada apa berlaku. Anda tarik lagi sekali. Tarik lagi beberapa kali untuk memastikan keberkesanan tarikan anda dengan gaya dan daya tujahan yang tepat. Namun perkara yang sepatutnya berlaku tidak berlaku. Anda belum panik. Anda capai getah paip dan buka pili. Bunyi angin. Oh dem. Anda cuba berfikir secara bijak namun pelaburan anda masih belum lagi masuk kedalam peti besi menyebabkan anda tak bijak. Anda hampir panik. Anda ternampak tisu. Nasib baik. Nak taknak terpaksa istinjak.

Anda keluar dengan rasa tak selesa. Hati anda baik, jadi anda fikir anda harus memastikan pelaburan anda selamat masuk kedalam peti besi. Anda cuba cari sumber air yang berdekatan. Tak jumpa. Lalu ada seorang lagi pelanggan bank yang masuk dan pergi ke kaunter yang anda guna tadi sebelum sempat anda menyelamatkan pelaburan anda. Pelanggan itu menyumpah seranah dan saling berpandangan mata dengan anda. Mata dia memerlukan kepastian.

Anda nak mengaku?????

--------------------------------------------------------------

Sebab tu aku selalu masuk tandas mesti bukak paip air dulu. Kalau berfungsi, nais. Kalau tak, perkataan "babi" kadang kadang keluar tanpa sengaja biarpon benda tu adalah paip air.

Kamu tau kan?

Photobucket